Salam untuk semua pembaca, bercakap tentang masalah anak-anak; setiap ibu menghadapi pelbagai situasi tentang perkembangan anak-anak mereka. Ia pastinya melibatkan perkembangan cognitive, physical, language dan sosio-emosi. Saya banyak menimba pengalaman dalam menhadapi situasi perkembangan kanak-kanak dalam membentuk jati diri mereka. Ialah, they're god given...came with different abilities. And us, we're the worse enemies to them. "Keringkasan" hidup kita hari ini juga menjadi faktor perkembangan anak-anak. "Ringkas" pada pandangan saya adalah cara kehidupan harian kita yang semakin moden dan serba canggih. Lately, saya dapati ramai kanak-kanak yang bermasalah dari segi cognitive, behaviour dan languague. Ada yang "Speech Delay", Hyper Active Discoder (ADHD), Dyslexia, Autism dan bermacam-macam lagi. Hmm...boleh dikatakan mereka ini termasuk didalam golongan "Special Needs Children", mereka mempunyai masalah didalam pembelajaran serta jatidiri yang rapuh. Tidak kurang juga, masalah seperti diatas lebih cenderung didapati pada anak-anak yang mempunyai HIV+. Ibubapa yang mana tidak risau bila melihat anak mereka agak berlainan dari kanak-kanak yang normal sedangkan pada fizikalnya mereka nampak sempurna. Pemakanan yang seimbang serta pengambilan ubat-ubatan juga memberi kesan kepada perkembangan diatas.
Mereka selalunya menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis serta bersosial. Situasi sebegini bukan satu yang luar biasa sekarang, hampir 30% kanak-kanak di sekolah saya mempunyai kecenderungan seperti ini. Berinteraksi dengan mereka memerlukan banyak sentuhan phycology, dan juga memerlukan tahap kesabaran yang kuat. Insyallah, akan saya kongsikan pengalaman saya sepanjang mengajar di Little Tots. Pengalaman ini mendorong saya untuk membuka sebuah Special Needs Center agar saya dapat membantu mereka.